Sunday, March 28, 2010

Heartbreaker 2.





Dem. Mana nak cari yang ni. Dem dem dem.
Ah, yang second tu. Ah.
Mahu mahu.

Friday, March 26, 2010

Shoes Fetish.




  • Post kali ini, ingin mengupas tentang perihal Onitsuka Tiger, satu brand yang budak-budak tengah sangap sekarang ni.
  • Arakian, Onisuka Tiger adalah nama asal bagi company Asics, satu company Jepun yang keluarkan barangan sukan yang best sejak 1949.
  • Nama Onitsuka di ambil dari nama pengasas company ini sendiri, Kihachiro Onitsuka.
  • Asics pulak nama yang diguna sejak 1977, apabila Onitsuka Tiger bergabung dengan dua lagi company kasut Jepun, GTO dan JELENK.
  • Asics ni acronym untuk 'Anima Sana In Corpore Sano', bahasa Latin yang bermaksud 'jiwa yang sihat dalam badan yang sihat'.
  • Itu pasal lah Asics dengan Onitsuka Rimau ni pattern stripe kat tepi dia sama.
  • Walaupun dah bertukar nama, Asics masih keluarkan kasut-kasut vintage diaorang under nama Onitsuka Tiger.
  • Pada aku, kasut ni tak la femes mana, Nike dengan Adidas lagi femes, cuma jenama ni eksklusif kot, dan tak tipikal.


Kalau kauorang selak muka surat 46 buku Physics Pearson 'The Mechanics of Hockey', akan nampak gambar pemain hoki Australia, yang turut memakai kasut sukan Asics.


Akibat pengaruh buku Physics Pearson tersebut, terbeli lah aku satu kasut jogging Asics kat Time Square. Best. Ringan dan tapak dia padat. Bila pakai rasa nak berlari je. Malangnya dah kotor. Mungkin aku akan beli satu berus gigi lembut untuk gosok kasut ni dengan penuh kasih sayang.

Akan tetapi, model kasut Asics yang menjadi fenomena sekarang ni adalah 'Mexico 66', lagi-lagi yang putih stripe merah biru. Trauma budak-budak tengok. Sebab ni memang colour trademark diaorang, kasut ni pun klasik, mula dibuat pada tahun 1966, untuk atlet-atlet dan delegasi Jepun yang bertanding dalam Sukan Olimpik 1968. Sebab itulah model ni nama dia Mexico 66. Kenapa bukan Mexico 68, nanti aku tanya Kihachiro Onitsuka.


Mexico 66 ni mendapat populariti yang menunjal langit bila Uma Thurman pakai kasut ni dalam filem Kill Bill. Malah, Jet Li pun pakai kasut ni dalam salah satu filem dia. Apakejadahnya yang best tentang Mexico 66 ni?
  1. Ringan. Sangat ringan. Kalau-kalau jumpa kat butik, try lah angkat. Berat dia dah macam kayu pengukur untuk menentukan kasut tu ori ke tak. Kalau yang kat uptown ke, downtown ke, grade AAA ke, memang berat lah.
  2. Selesa gila. Ada satu span kat lidah kasut ni yang buatkan kaki kita gatal je nak berjalan-jalan.
  3. Stabil. Ni berdasarkan apa yang aku rasa lah. Tapak dia rata, bahagian dalam ikut bentuk tapak kaki.
  4. Design dia pun cantik. Kalau mamat tak hensem pakai kasut ni, memang terus jadik hensemlah.
  5. Buat main futsal pun seronok je. Jogging pun okay. Cuma sayang lah kan.
  6. Berkualiti, tahan lasak. Kualiti, mestilah ada harganya kan. Sebab tu lah kasut ni agak mahal. Atas dibuat dari kulit, tapak dari getah.
  7. Emma Watson pun layan Onitsuka Rimau jugak tahu.

Sekentut Dua



Antara koleksi Onitsuka Rimau aku yang tak seberapa. Nak tunjuk pun segan, sekentut dua je pun. Yang kat atas tu model 'Win 66', yang pada asalnya Onitsuka buat untuk kasut tenis. Tapi sekarang kasut tenis dah canggih-canggih, jadi kasut jalan je. Beli sebab design dia yang slick dan minimalist, dan tapak dia selesa. Kasut raya tahun lepas.


Kesemua kasut Onitsuka ni, paling murah rm 250, dan yang paling mahal aku pernah pegang rm 499, model 'Mini Clubman', model kasut yang terhasil dari koloborasi Onitsuka Tiger dan Mini Clubman, pengeluar kereta terkemuka. So kasut tu ada la sikit ciri-ciri kereta Mini Clubman . Mahal-mahal macam tu pun, hari tu aku usha kat Sunway (nak try pakai, tinggalkan bau sikit ke, tak berniat nak beli), dah sold out dah. Mungkin limited edition kot. Mexico 66 pulak rm 349 kalau tak ada sale. Ankle socks yang kat atas ni pun dah rm 59. Haih. Mexico 66 pulak ada macam-macam, Mexico 66 Lauta, Mexico 66 Deluxe, Mexico 66 Baja.


Mini Clubmanku. Tiruan sudah pasti, grade AAA. Beli kat ebay, shipping dari China, ke US, lepastu baru ke Malaysia, melalui bantuan Lily Syafikah Mansur, classmate form 4 Samura yang sekarang belajar kat Vanderbilt, US. Lepas dah shipping semua, aku jumpa model yang sama kat uptown Shah Alam, yang lagi murah kalau tolak shipping cost. Tahi bukan.
Tapi apa-apa hal pun, terima kasih Lily, mintak maaf kalau-kalau menyusahkan kau, lebih kurang halal eh bayaran kasut ni bila di convert menjadi mata wang dollar Amerika. Satu lagi fakta, Lily mempunyai tarikh lahir yang sama dengan aku, 13 Oktober :)

Ini kasut yang aku paling sayang. Nama dia Onny. Haha.

Hmm, nampak nya aku dah boleh tulis satu artikel untuk Wikipedia, cipta satu laman untuk Onitsuka Rimau.

Dan tahniah, kerana menghabiskan masa anda di depan laptop, Ezzad.

Sekian, selamat-selamat.






Thursday, March 25, 2010

The Blue Van - There Goes My Love


Terbaik. Cuma tak senonoh sikit. Bukan video dia.
Video dia takde pape pun, cuma gamba yang disturbing ni je.
Mungkin pada lirik dia, dan itu depend pada interpretation masing-masing.
Dengarlah, mesti nak goyang kepala punya.
Lepastu jangan segan-segan, download kat mediafire.
The Blue Van, band indie dari Denmark,
yang popular sebab iPad buat iklan pakai lagu ni sebagai muzik latar.
Dengarlah beramai-ramai. Ala, bazir sikit masa je.

Wednesday, March 24, 2010

delightful taste sensation.


Currently looking forward for the next chapter of my life.

Thursday, March 18, 2010

http://www.quranexplorer.com/quran/


Al-Fatiha

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful (1)

Praise be to Allah, Lord of the Worlds, (2)
The Beneficent, the Merciful. (3) Owner of the Day of Judgment, (4) Thee (alone) we worship; Thee (alone) we ask for help. (5) Show us the straight path, (6) The path of those whom Thou hast favoured. Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray. (7)

Website yang sangat cool.

Saturday, March 13, 2010

:)

Friday, March 5, 2010

Average Joe


I'm not that bad.

Yet,
I'm not that good either.