Semalam ke Batam. Ke Indonesia untuk kali ke 4. Kronologi ke Indonesia :
1) Surabaya : Myb time darjah 4~5. Banyak memory pasal holiday ni da luput. Surabaya kat timur kepulauan jawa, n ade banyak gunung berapi. Ape yang dpt di ingati tentang holiday ni hanya peristiwa ngah ditendang oleh kuda kerana mencuit peha kuda tersebut.hihi.
2) Tanjung Pinang, Kepulauan Riau : Dekat dengan msia, dlm 3 jam perjalanan dengan ferry. Kepulauan ni terletak kat bawah singapore. Form 5, pergi under samura. Ade cultural exchange time tu. Samura hantar nasyid, pantun n zapin. Dan sy hanya percussionist nasyid. Duduk dengan family angkat, dengan sorang junior sy, Alop.
Ayah angkat : Des Broeyn
Ibu angkat : Seri Dewi something2 (nama dia panjang lah)
Adik-beradik angkat : Alviano Desiree (dipanggil epin)
: Dea Jessi Elona (sedap bukan?)
Boleh kata beruntung gak duduk dengan family dyorg. Dyorg agak berada (ade maid), n rumah dyorg sangat cantik. Nak kate besa tak jugak. Sederhana dan cantik. N dyorg slalu pegi JB untuk shopping. Sy dan alop tido kat bilik Dea. N ofkos dea tido bilik laen. Bilik parent dye kot.Bilik die pon lawa. Air cond lg. Epin lak slalu nye tido dgn parents die,walaupun da berumur 15 tahun. Language barrier, mmg ade. Bukan accents, tp language. Nak berkomunikasi benda2 yg simple pon makan mase. Masa lepak2 dengan kwn2 disana, ade la sorg junior sy bertanya kan istilah yang bukan2 dlm bahasa di sana. Dan mereka sangat sporting. Mereka ckp, ni pon pertukaran budaya bukan? Sy meng iya kn saja.
Makanan dyorg agak familiar, walaupun name berbeza. Tapi beberape hari lepas makan, ade masalah dlm sistem penghadaman. Adela cirit2 ckit. Ntah. Makanan dyorg okay j. Malam hari, kwn2 di sana ada ajak pergi makan kat food court dyorg. Kebersihan agak menyedihkan. Mereka offer 1 makanan ni, name dye pempek. Mule2 dengar, ingatkn sala dengar. Korg ckp bukan2 ke? Tapi lepas nengok menu, betul la pempek. Pempek hanya la makanan ala2 rojak bersama telur. Not bad j. Dyorg belanja ofkos.
Sempat jugak nengok buku teks dyorg, buku kimia. Dyorg menggunakan bahasa indonesia untuk sistem pembelajaran dan pengajaran dyorg. Tak silap sy, buku yg dibelek tu buku dea. Maknenye, dyorg da blaja kimia dr form 1~form2 lg. Kalau nak ngk sistem pembelajaran dyorg, myb dyorg punya lg tersusun dari msia. Dan bila pergi sekolah dyorg, rase bersyukur sekolah di msia. Sekolah dyorg sgt kurang dari segi kemudahan asas. Dan bila sy diberitahu sekolah dyorg memenangi sekolah paling cantik di kepulauan riau, sy agak terkejut. Samura lg cantek 20 berkuase 3 kali ganda. Tanah tidak berturap banyak j kat skola mereka. Library dyorg pon kecil saja. Kalau kentut di hujung sana, pasti dengar dan bau smpai ke hujung sini. Sempat juga bermain bola tampar dgn dyorg. Dan kalah. Yang maen bg pihak mereka wakil sekola. Dan sy, hanya pemain tamborine.
Malam persembahan, mereka buat persembahan joget, drama pentomin (kot),dan band. Joget byase2 j,n Epin adik angkat sy masok mende tu lah. Drama dyorg agak mantop, sistem bunyi kat dewan mereka sgt memaenkn peranan dlm memaen kn emosi penonton. Dan yg terbaek myb persembahan band mereka. Lagu tercipta untukku dr ungu. Penyanyi dye punya suara sgt sedap. Macho abes. Dan bassist dye pon sgt bergaya. Ala2 profesional. Persembahan kami biase2 saja.
3) Bali : Antara gugusan kepulauan jawa, timur jawa. 98% penduduk di sini hindu. Anjing memang bersepah di sini. Papan tanda babi guling juga berlambak. Mereka kn hindu, walaupun bermuka Melayu. Makan mmg sesuatu yang susah di sini. Nak mkn, cari restoran masakan padang. Kalau pergi kesini, jangan pelik melihat bangunan2 mereka yang kecil2 dan rendah. Sebenarnye cmni, ade 1 kuil hindu yang dipanggil Pura (kot),dan semua bangunan yang didirikan kat bali tak boleh melebihi ketinggian Pura tu. So katela Pura tu 4 tingkat, so tak de bangunan yang setinggi 4 tingat kat bali.
Hotel yang sy duduk pon lebar sahaja, tidak tinggi. Mat saleh besepah2. Badan da la besa gile. Teringat ketika mandi kat pool dyorg. Sy j mamat asia hitam yg mandi kat pool sane. Laen2 mahluk putih besar dan buncit. Dan kawasan jalanraya mereka sempit. Sangat. Pantai dye best la jugak, di atas par. Overall, bali okay la.
4) Batam : 2 jam perjalanan dengan ferry, batam lagi dekat dari tanjung pinang.
the zone
ferry
ngah kaya.duit mereka sangat lah susah untuk dihitung.ribuan2 semua.dulu2 teringat kwn sy ckp, 'bwk lime plo sen suda la jad'. Actuallly same j nilai dia. katela singgit same dgn 2800 rupiah,dan di sini nasi lemak singgit, disana harga nasi lemak nye juga 2800 rupiah.so singgit jugak, bukan la dgn 2800 rupiah boleh beli 2800 nasi lemak.
Bapak sy mencuba untuk menerangkan isi kandungan menu dengan penuh bersemangat.
Antara menu terbaek.
Lagi menu terbaek
Bersama salah satu jambatan yang menghubungkan 7 pulau di kepulauan batam
Shopping mall dyorg. Cantek2.
balek.
Overall, Batam byase2 j. Bek shopping kat msia j. Lg best.
#WWEKUALALUMPUR
10 years ago
1 comment:
tahniah.
first time ko tulis lebey dr 2 perenggan.
byk lg nak komen, tp da lupe..
hahaha..
Post a Comment