Monday, December 14, 2009

We scare, because we care


Pengenalan

Lepas SPM kan, kawan aku ada ajak kerja catering dekat Persada. Sejam dapat gaji rm6.00. kalau nak dibandingkan dengan kerja dekat McD dengan Secret Recipe yang bagi sejam rm4.00, kerja dekat persada ni lah yang aku rasa paling lumayan masa tu. Dengar cerita kerja sana memang penat kena perah habis-habis. Tu yang dapat sampai rm6.00.

Perkembangan.

Tapi kan, sebenarnya aku tak pernah sedar pun tolong ayah aku buat sunat lah kerja paling lumayan. Kalau budak diam je, tak melenting, tak goyang, paling lama pun 15 minit. Selalunya ayah aku akan charge bayaran rm80~100. Aku selaku pembantu akan dapat rm20. Ini bermakna, untuk kerja 15 minit, aku akan dapat rm20. Kalau sejam, dapat lah rm80 sebab purata dapat sunat 4 orang untuk sejam. Lumayan tahu tok mudim ni sebenarnya. Cuma ikut musim lah, selalunya musim cuti sekolah baru ada tempahan.

Dari sebelum sunat, hingus tengah meleleh-leleh lagi dah ikut ayah pergi sunat.

Peralatan.

Bila tolong ayah sunat ni lah, aku belajar beberapa medical term. Sekentut je lah tapi. Dari benda-benda yang common seperti scissors, syringe, needle, dan gauze sehingga lah beberapa nama yang fancy-pancy macam forceps (penyepit salur darah), ointment (antibiotik), sofratul, spirit, paraffin, riboflavin (nama yang sedap sikit untuk ubat kuning), dan catgut.

Dan yang paling menarik dalam semua peralatan-peralatan ni aku rasa catgut (benang untuk jahit balik kulit). Apa yang aku faham, walaupun tekstur benang ni sebijik macam tali tangsi, tapi sebenarnya benda ni diperbuat dari tisu-tisu haiwan, (padan lah nama catgut, yang kalau diterjemah literally bermakna perut kucing). Kebiasaannya benang ni dibuat dari usus arnab. Kata ayah lah. Tak tahu lah kalau dia kelentong ke apa. So kalau buat operation dalam perut, benang ni akan diserap oleh daging. Sama lah dengan kat tempat tu. Dan benda ni lah yang paling mahal dalam banyak-banyak peralatan.

Perumitan.

Sebenarnya, kebanyakan doktor tak tahu buat sunat. Sebab sunat ni kecik punya hal, celah-celah gigi doktor je. Diorang mesti lagi terer. Dan hampir kesemua tok mudim ni M.A, Medical Assistant je, macam ayah. Kadang-kadang dengar orang panggil ayah ‘doktor’ macam seronok je.

Memang menjadi kebiasaan selepas sunat orang akan tanya makan nak pantang apa. Apa yang menarik memang tak ada pantang apa-apa pun, kalau budak makan ubat lah. Macam-macam aku dengar, tak boleh makan ayam lah, telur lah, ikan sembilang lah, ikan berbisa lah, dan banyak lagi, tak tersebut. Itu dulu, sebab tak pakai antibiotik. Dan sekarang, kalau tak makan semua makanan yang dipantangkan tu, benda tu akan lambat baik.

Sekarang ni, bila bersunat, aku perasan satu fenomena baru. Kan ada iklan potong-potong wimax yang dalam tv tu kan, hampir mana2 tempat yang aku pergi, aku akan dengar suara-suara yang cakap ‘potong, potong, potong aja lah’.

Dan bila ada kalangan orang-orang tua tengok, dia orang mesti cakap ‘kau orang semua untung, sunat sekarang tak sakit pon. Dulu pakcik sunat cara kampung, tak ada semua bius-bius ni. Lepas sepit, terus zassss!’, ujar orang2 lama ini. Dan perkataan ‘zassss’ itu sengaja dikuatkan dan ditekankan bunyinya, mungkin agar kami yang mendengar dapat merasai apa yang dilaluinya.

Klimaks.

Kadang-kadang aku tengok budak yang menangis tahap jerit-jerit masa bersunat ni, ingat kan dah paling teruk dah kesan sunat terhadap budak-budak. Aku pernah tanya ayah, ada yang lagi teruk ke? Sebenarnya ada je, yang lari time tengah buat, yang maki-maki ayah. Uih, teruk dah tu. Ada dengar orang cerita budak bertumbuk dengan tok mudim. Macam kartun je. Tapi ayah ade cerita, dia pernah kena ludah dengan sorang budak. Rasanya dah tak ada yang lagi teruk. Macam-macam boleh jadi tahu kalau nak sunat.

Tapi bersunat ni memang sakit, tipulah kalau cakap tak sakit. Dah la kena inject nak masuk kan ubat bius. Kalau inject dekat tangan pon dah sakit, apa lagi kalau dekat tempat yang paling sensitif. So kalau budak menangis tu tak hairan lah. Aku pon menangis jugak dulu. Sikit je lah tapi. Itu yang macam-macam boleh jadi masa bersunat.

Ada orang tanya aku, pernah sunat kan orang-orang tua?

Yang masuk islam memang ada, ayah cakap pernah buat dalam umur 30 ke 60. Ya, umur 60 pun ada. Yang aku tolong ayah buat, paling tua 20+. Tak pasti kenapa dia sunat lambat sangat. Dia bukan convert ke apa. Yang Cina, India, orang asli, semua ayah pernah buat. Tapi sekarang, ada je yang tak convert pun bersunat. Sebab dia orang tahu kalau bersunat ni benda tu akan bersih. Kalau ayah nya bersunat, dia mesti nak anak dia sunat jugak, walau tak convert ke muslim.

Ayah aku dah sangat lama berkecimpung dalam bidang ni, dari dia sempat sunat kan dua adik dia, sampai lah pernah sunat kan budak, yang bapak dia dulu pun bersunat dengan ayah. Dan yang dia sunat kan, ada beberapa orang jadi tok mudim jugak.

Kadang-kadang budak relax je, tapi bapak budak yang gelabah lebih-lebih. Ada yang sampai tahap pengsan. Ada sekali tu, ayah terangkan lah apa yang patut dan tak patut dibuat lepas sunat sambil jahit balik kulit yang dah diseselkan tu, tiba-tiba terasa berat kat belakang badan. Rupa-rupanya ayah budak tu dah rebah dah, landing kat ayah. Kalau bapak budak tu dah pucat, berpeluh, memang nak pitam dah tu. Tapi nak buat macam mana, memang ada orang jenis macam itu.

Baru tengok sunat yang darah nya tak sampai sepenutup botol pun. Kalau tengok perempuan bersalin, yang darahnya berbaldi, entah apa jadi.

Suatu masa dahulu.

Masa aku sunat dahulu, aku ingat lagi, aku dapat playstation. Masa itu, kalau ada playstation, memang macam dah ada arcade yang token dekat rumah. Kawan-kawan datang rumah, main sama-sama. Seronok betul masa tu.

Ada sekali tu, sebelum sunat lagi budak tu dah mintak upah. Haha. Ayah dia bagi lah. Tapi masa bersunat menangis juga, siap bersumpah tak nak sunat lagi. Memang lah dik, sunat sekali aje, kalau nak sunat lagi sekali, nak buang apa?

Aku teringat lagi, satu masa tu ada budak nak sunat, memang meriah mulutnya. Dia siap bet dengan abang dia, 'kalau adik tak menangis, adik nak lima ringgit'. Abang dia iya kan je lah. Tapi masa inject bius, dia dah melalak. Haha. Tak dapat lah dia lima ringgit. Abang dia bagi lima puluh sen je lepas tu.

Kalau budak yang terlalu kecil, yang tak kenal lagi dunia, memang tak sampai hati untuk sunatkan. Pandai-pandai lah kita orang pujuk, dan selalunya lepas dah inject ubat bius (bahagian yang paling sakit masa bersunat), cakap lah ‘tadi ada semut besar gigit dekat situ, jahat betul lah kan semut tu, nanti kita pijak eh’

Kalau budak kecil sangat, memang susah nak buat, sebab urat darah sikit dan kecil sangat, boleh terlepas pandang. Ada beberapa keadaan yang menyumbang kepada faktor-faktor penyukaran untuk bersunat. Macam budak terlalu kecik, budak gemuk, dan budak lemah jantung. Kalau budak gemuk, benda itu tak terkeluar. Sebab lemak dekat behagian bawah perut dia sampai ke atas paha akan menutup benda itu, jadi dia duduk dekat dalam. Kesimpulannya, luka akan lambat kering, dan secara keseluruhan akan lambat baik.

Dah lah lepas sunat duduk relax dekat satu tempat je, boleh perintah-perintah nak apa, makan, minum, dapat upah sunat lagi. Orang kahwin jadi raja sehari aje, tapi orang bersunat jadi raja berhari-hari.

Kalau nak mintak upah lepas tolong ayah buat sunat, rasa segan juga. Nanti aku cakap lah ‘uhh, penat betul lah hari ni buat sunat’. Nanti ayah mesti balas ‘ayah paham lah tu nak apa’. Jeng jeng jeng, beberapa not merah atau hijau kebiruan akan dihulurkan dan disambut dengan senyuman lebar, sambil kepala otak merewang memikirkan kasut apakah yang akan dibeli nanti.

Selalunya kalau upahnya rm340 ke,rm90 ke, aku mesti suruh ayah bundarkan jadi rm350 atau rm100 terus. Ehe. Tapi kalau upahnya rm210 ke, tak pernah aku nak bundarkan jadi rm200. Dan masa bagi gaji ni, satu ayat wajib mesti terpacul keluar ;

‘kalau orang lain tahu kau dapat gaji macam ni, semua orang nak tolong tahu’

Mesti keluar rangkaian ayat itu punya lah, dengan intonasi dan nada yang sama setiap masa, tidak berubah sekelumit pun. (uh, ayat-ayat aku dah dipengaruhi dengan gaya penulisan pachy)

Peleraian.

Bila difikirkan kembali, sebenarnya sunat ni tak ada apa sangat. Modus operandi dia pun ringkas, mudah, lagi minimal. Cewah. Buang kulit depan je. Cuba bayangkan ibu-ibu bersalin, lagilah kan. Tak pernah dengar kan orang mati sebab bersunat, orang mati sebab bersalin ada lah. Hatta kalau-kalau terpotong kepala sekalipun, masih hidup kan. Tapi macam tak bermakna je lah hidup kau. Tiada hari bapa untuk kau.

Hakikatnya, kepuasan buat sunat ni sebenarnya bila budak yang disunatkan tu tersenyum kat kita, cium tangan kita sebelum keluar, dan ucapkan terima kasih kat kita. Cewah.

Oh, panjang terlebih-lebih pulak post kali ni. Aku nak je letakkan gambar-gambar lagi, tapi macam tak patut. Dan mungkin post akan datang aku akan ceritakan prosedur berkhatan ni.



2 comments:

Mzk said...

haha,
berbakat siot mamat ni..
silap besar la ko crite kelebihan ko, buat jd modal kat aq je nak nganjing ko nnt..huhu
anyway,xsangka lak aq ko ada bakat nih,
kirenya klu ko dismissed degree, bukak klinik khatan pon bleh berjaya lg..huhuhu

7 peolple like this.

jemmiferra said...

wohah!
byknye ilmu ak blajo hari ni.
time kaseh mudem tapie

Post a Comment